DHAKA 8 Mei – Polis Antiterorisme Bangladesh menahan seorang suspek militan Daesh di sini setelah kembali dari Syria, hari ini.
Menurut pihak polis, suspek, Motaj Abdul Majid Kafiluddin Bepari, 33, menyertai Daesh di Syria selepas melawat negara itu dari Arab Saudi.
Katanya, Motaj kembali ke Bangladesh pada Februari lalu dan berhubung dengan puak baharu kumpulan Daesh tempatan, Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB).
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak polis menahan Motaj berhampiran masjid di kejiranan Uttara, Dhaka pada Ahad lalu. – AFP











