TOKYO 8 Mei – Sebuah kenderaan melanggar sekumpulan murid tadika di wilayah Shiga, barat negara ini, mengakibatkan dua kanak-kanak maut dan mencederakan yang lain.
Menurut kenyataan polis, kereta tersebut terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan besar yang membelok di persimpangan di Otsu City.
“Kereta itu melanggar 13 kanak-kanak dan tiga guru yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki,” kata kenyataan tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sekolah tadika di negara ini sering kali membawa murid-murid ke taman permainan untuk bermain atau lawatan singkat ketika waktu siang. – AFP











