Cermin gelap: Kurangkan jenayah pecah kereta - Utusan Malaysia

Cermin gelap: Kurangkan jenayah pecah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Keputusan kerajaan membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan mampu mengurangkan kadar jenayah pecah kereta.

Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu boleh menghalang pihak tertentu mengetahui barangan yang ditinggalkan ataupun berada dalam sesebuah kenderaan.

Beliau juga yakin keputusan tersebut dibuat berdasarkan kajian menyeluruh yang dilakukan kerajaan mengenai penggunaan cermin gelap dalam semua aspek termasuk keselamatan, kesihatan dan jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara sebab utama keputusan tersebut disokong adalah kerana ia mampu melindungi penumpang daripada terik cahaya matahari di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia selain mengurangkan kejadian pecah kereta apabila pencuri tidak lagi dapat mengintai barangan yang berada di dalam kenderaan.

“Saya percaya pihak terbabit telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai penggunaan cermin gelap ini dan meminta agar agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) berkongsi maklumat mengenai keputusan tersebut termasuk hasil kajian yang dibuat di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan membenarkan penggunaan cermin gelap di bahagian tertentu berkuat kuasa hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini