EU, Perancis bukan musuh minyak sawit, kata duta - Utusan Malaysia

EU, Perancis bukan musuh minyak sawit, kata duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kesatuan Eropah (EU) dan Perancis bukan musuh minyak sawit dan kedua-dua pasaran itu akan terus terbuka menerima tanaman tersebut terutamanya sekarang dengan dasar-dasar berwibawa kerajaan Pakatan Harapan dalam melindungi alam sekitar.

Dalam membuat kenyataan itu, Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche mengakui bahawa perkaitan antara minyak sawit dengan penebangan dan kemusnahan hutan sejak sekian lama telah menjejaskan imejnya tetapi keadaan telah berubah.

“Saya dapat lihat bahawa kerajaan Malaysia sedang menangani dengan positif isu alam sekitar dan defisit kepercayaan dalam kalangan pengguna Eropah. Ia menumpukan usahanya bagi dua objektif ini, yang saya fikir adalah sangat baik dan penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di satu pihak, anda ada persediaan untuk mempromosikan minyak sawit dan memperbaiki imejnya yang masih negatif dalam pandangan umum. Jadi kerajaan melancarkan kempen promosi Love MY Palm Oil (Sayangi Minyak Sawit Malaysia) bagi membantu membersihkan nama tanaman itu,” katanya kepada Bernama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini