Sindiket scammer tumpas, dalang diberkas - Utusan Malaysia

Sindiket scammer tumpas, dalang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan (scammer) yang menyamar
sebagai pegawai bank dan kastam dengan menahan 16 individu dalam dua serbuan berasingan, baru-baru ini. 

Kesemua suspek berusia 16 hingga 31 tahun termasuk dalang diberkas pukul 3 petang pada 29 April lalu di Taman Serdang Perdana, Selangor dan Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd. Majid (Gambar kecil) berkata, kejayaan itu hasil maklumat dan risikan terhadap pergerakan sindiket menjadikan apartmen sebagai markas operasi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan siasatan awal mendapati sindiket baharu berpindah sehari di apartmen tersebut. 

“Turut dirampas adalah sembilan unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, router dan 23 skrip menyamar pegawai bank dan senarai nama serta nombor kad pengenalan mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau menambah, modus operandi sindiket adalah menawarkan pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Facebook dengan gaji di antara RM2,500 hingga RM3,000 termasuk kemudahan penginapan dan makan minum yang disediakan tanpa sebarang syarat kelulusan. 

Ujar Fazlisyam, pemohon kerja akan ditemuduga secara panggilan atau bertemu di kedai makan. 

“Mereka mendapat skrip berbeza sama ada sebagai pegawai bank atau kastam dan dipercayai mempunyai jumlah sasaran mangsa yang ditetapkan bagi sehari. 

“Dalang utamanya berusia 31 tahun akan bertindak sebegai penjaga asrama selain sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah mengenai kes Macau Scam,” katanya. 

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati mereka terlibat dalam 11 kes di Selangor dengan kerugian lebih RM900, 000.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini