Bas bawa 16 pekerja kilang terbakar - Utusan Malaysia

Bas bawa 16 pekerja kilang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Sebuah bas kilang terbakar semasa dalam perjalanan menghantar pulang seramai 16 pekerja sebuah kilang di sini di Jalan Sepri di sini kira-kira pukul 6.50 pagi tadi

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Dzor Yusof berkata, kesemua pekerja kilang itu termasuk pemandu bas berkenaan namun sempat menyelamatkan diri.

“Terdapat seramai seramai 15 pekerja wanita dan seorang pekerja lelaki menaiki bas tersebut ketika kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mereka sempat keluar daripada bas itu selepas pemandunya menghentikan kenderaan sebelum api merebak,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dzor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi dan seramai 10 pegawai serta anggota bomba dikerahkan memberi bantuan.

Menurutnya, bas itu sedang terbakar semasa pihak bomba tiba, tetapi semua penumpang yang merupakan pekerja di kilang di Senawang telah menyelamatkan diri.

“Pihak bomba kemudian berjaya memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 50 peratus bahagian bas itu,” katanya.

Kata beliau, operasi memadamkan kebakaran itu ditamatkan pada pukul 7.47 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini