Bank Rakyat peruntuk RM200j - Utusan Malaysia

Bank Rakyat peruntuk RM200j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat bakal memperuntukkan dana sehingga RM200 juta bagi Program Pembiayaan Vendor melalui perkongsian strategik yang dijalinnya dengan Petronas.

Usaha sama tersebut bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada vendor Petronas yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta turut melibatkan usahawan dalam sektor perkhidmatan, peralatan minyak dan gas (OGSE).

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, inisiatif tersebut bakal meningkatkan akses kepada pembiayaan dan kecairan penggiat sektor OGSE.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini dapat membantu vendor dari segi modal kerja selain meningkatkan aliran tunai bagi menyiapkan kontrak yang diberikan oleh Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Rakyat dengan Petronas di Menara Kembar Bank Rakyat di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Perniagaan Perbankan Bank Rakyat, Abdul Razak Abu Bakar dan Timbalan Presiden Perolehan Kumpulan Petronas, Samsudin Miskon.

Mohd. Redzuan menjelaskan, dalam memastikan sektor PKS menyumbang kepada ekonomi negara, kementeriannya komited untuk mempertingkatkan keupayaan firma tempatan dalam sektor OGSE manakala usaha berterusan Petronas adalah untuk menilai ekosistem vendor tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini