LONDON 8 Mei – United Kingdom (UK) terpaksa menangguhkan hasrat menyertai pilihan raya Eropah, meskipun kerajaan UK berharap perjanjian Brexit akan selesai menjelang tempoh terbabit.
Lapor BBC, pilihan raya itu dijangka berlangsung pada 23 Mei ini tetapi Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata UK tidak akan mengambil bahagian sekiranya Parlimen negara ini bersetuju tentang Brexit.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, David Lidington berkata sukar untuk menyelesaikan proses Brexit sebelum tarikh UK sepatutnya menyertai pilihan raya terbabit.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ujarnya, kerajaan akan cuba memendekkan penangguhan tempoh Brexit. – AGENSI











