Dua juta rakyat 
Somalia kelaparan - Utusan Malaysia

Dua juta rakyat 
Somalia kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI 7 Mei – Kira-kira dua juta penduduk Somalia berdepan krisis kebuluran dan situasi ini diburukkan lagi ekoran perubahan cuaca kemarau yang berpanjangan.

Bencana kemarau itu turut menyumbang kepada penurunan mendadak hasil tanaman terutamanya makanan ruji penduduk dan keadaan tersebut diburukkan lagi dengan hujan tidak menentu serta tanaman yang tidak menjadi.

Arab News yang memetik Pe­ngarah Majlis Pelarian Norway, Victor Moses sebagai berkata, perkara itu berlaku ketika lebih 100,000 kanak-kanak Somalia menderita akibat kekurangan zat makanan dan ia memaksa jutaan rakyat negara ini mening­galkan tempat tinggal mereka dan berpindah ke tempat lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan ini benar-benar mencetuskan kebimbangan misi kemanusian,” kata Moses di sini semalam.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 1.7 juta penduduk Somalia akan berdepan dengan krisis kebuluran dan angka itu akan meningkat lagi sete­ngah juta menjelang Julai ini.

Kata PBB, setakat ini lebih 44,000 penduduk Somalia telah meninggalkan rumah mereka di kawasan pedalaman ke pusat-pusat bandar sejak awal tahun ini menyertai kira-kira 2.6 juta penduduk yang berpindah dari seluruh negara.

“Pada masa yang sama, hampir satu juta kanak-kanak memerlukan rawatan ekoran kekurangan zat makanan pada tahun ini,” kata PBB.

Keadaan kemarau berpanja­ngan memberi kesan kepada penduduk Somalia yang 80 pe­ratus daripada mereka bergantung kepada pertanian untuk hidup.

Sementara itu, sebuah rangkaian yang dibiayai Amerika Syarikat (AS) turut mengeluarkan amaran, lebih 42 juta penduduk di Ethiopia, Sudan Selatan, Somalia, Sudan, Kenya, Uganda dan Yemen kini berdepan dengan krisis makanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini