Adib simbol pengorbanan seorang penjawat awam - Utusan Malaysia

Adib simbol pengorbanan seorang penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Mei – Pengorbanan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terbunuh kerana menjalankan tugas ketika rusuhan kuil tahun lalu terus disanjung tinggi.

Mengambil semangat Ramadan, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid mahu seluruh anggota pasukan tersebut mencontohi Muhammad Adib.

Jelasnya, harga nyawa yang dibayar Muhammad Adib dalam rusuhan tersebut membuktikan Allahyarham merupakan seorang penjawat awam yang sejati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes Adib merupakan simbol khidmat awam yang sejati, gaji tidak seberapa tetapi sanggup berkorban untuk masyarakat.

“Tidak kira pada bila-bila masa, petang atau malam, kita tetap berada di mana sahaja untuk beri khidmat pada masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Muhammad Adib Mohammad Hamdan berkata, enam lagi anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat di Puchong Oktober tahun lalu, turut menjadi simbol penjawat awam yang berdedikasi dalam memikul amanah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini