Wanita melecur di tangan dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Wanita melecur di tangan dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei.- Seorang wanita melecur di tangan selepas kediamannya terlibat dalam kebakaran membabitkan empat rumah kuarters pekerja di Estet Karamata, Jalan Ansip Dalit di Keningau, Sabah hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.25 petang.

Ujarnya, berikutan itu, seramai 18 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dekat sini bersama dua jentera kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba sahaja mereka di situ, terdapat kebakaran membabitkan empat rumah kuarters pekerja yang telah terbakar sepenuhnya.

“Berikutan itu, seorang mangsa berusia 27 tahun dilaporkan melecur di tangan sebelum dihantar ke Hospital Keningau dekat sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Jurucakap PGO, keadaan mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.29 petang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini