Selamat tinggal Atletico - Godin - Utusan Malaysia

Selamat tinggal Atletico – Godin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 7 Mei – Diego Godin tidak dapat menahan dirinya daripada menitiskan air mata apabila mengesahkan dia akan meninggalkan Atletico Madrid selepas sembilan tahun bersama kelab itu.

Kapten itu pernah beraksi dalam dua final Liga Juara-Juara selain memenangi La Liga pada 2014.

Suasana hening menyelebungi Stadium Wanda Metropolitano selepas Godin berkata;’Ini adalah hari-hari terakhir saya dan saya akan beraksi buat kali terakhir bersama Atletico Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta maaf kerana sukar untuk saya berdepan situasi ini. Saya tidak menyesal. Dalam kehidupan, sukar untuk kita membuat perubahan namun yang paling sukar adalah meninggalkan sesuatu yang mematangkan anda,” katanya.

Perlawanan La Liga menentang Levante menjadi aksi terakhir Godin bersama Atletico.

Pemain berusia 31 tahun itu dijangka menyertai Inter Milan pada hujung musim selepas menolak tawaran lanjutan kontrak selama dua tahun bersama Atletico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini