Penghantar makanan maut motosikal bertembung MPV - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut motosikal bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 7 Mei – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di Jalan Sungai Putat di sini hari ini.

Penghantar makanan maut motosikal bertembung MPV

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Muhammad Hasani Mohd. Razip, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, mangsa ketika kejadian menunggang motosikal jenis Honda EX-5 menuju ke tempat kerjanya di Bukit Beruang selepas menghantar makanan di Batu Berendam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire.

“Berikutan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV iaitu seorang wanita berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Afzanizar, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini