Van Dijk, Oxlade-Chamberlain pula buat hal - Utusan Malaysia

Van Dijk, Oxlade-Chamberlain pula buat hal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mei – Ketiadaan Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain ketika sesi latihan rasmi Liverpool menjelang pertemuan menentang Barcelona dalam aksi timba balik separuh akhir Liga Juara-Juara mengundang pelbagai persoalan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp berdepan misi sukar apabila mereka tewas 0-3 kepada Barca dalam aksi pertama dan Liverpool sudah pun disahkan kehilangan pemain utama iaitu Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Kini, tahap kecergasan Van Dijk dan Oxlade-Chamberlain menjadi kebimbangan selepas mereka berlatih secara berasingan dengan skuad Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan kedua-dua pemain itu menjalani sesi latihan khas untuk memastikan mereka dapat menangani bebanan kerja yang dihadapi.

Media tempatan Britain, The Mirror mendakwa Van Dijk mengalami masalah di bahagian kaki sejak beberapa minggu lalu manakala Oxlade-Chamberlain ototnya tegang ketika sesi memanaskan badan di Newcastle pada Sabtu lalu.

Jikat Van Dijk tidak dapat diturunkan bermakna Van Dijk menerima tamparan hebat sebelum sepak mula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini