Bakayoko lempar kata kesat kepada Gattuso - Utusan Malaysia

Bakayoko lempar kata kesat kepada Gattuso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 7 Mei – Pemain tengah Chelsea yang dipinjamkan ke AC Milan, Tiemoue Bakayoko mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengurus, Gennaro Gattuso sewaktu Rossoneri mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bologna, hari ini.

Bakayoko, 24, menaikkan kemarahan Gattuso, minggu lalu, selepas pemain itu hadir lewat pada sesi latihan dan kemudiannya dia diketepikan di bangku simpanan dalam perlawanan AC Milan di San Siro.

Namun, Lucas Biglia ditimpa kecederaan pada minit ke-25 dan Gattuso mengarahkan Bakayoko memanaskan badan sebagai persediaan untuk di bawa masuk. Bagaimanapun, pemain itu hanya sambil lewa memanaskan badan dan sewaktu kembali ke bangku simpanan, dia memberitahu Gatusso bahawa dia tidak mahu bermain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamera televisyen sempat merakamkan perbalahan yang berlaku, termasuk Bakayoko mengeluarkan kata-kata kesat kepada Gattuso, sewaktu pemain itu kembali duduk di bangku simpanan AC Milan. Pemain tengah, Jose Mauri akhirnya di bawa masuk bagi menggantikan Biglia, sementara AC Milan memastikan kemenangan 2-1 hasil jaringan Suso dan Fabio Borini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini