Barakah, Minsheng jalin usaha sama untuk teroka peluang dalam bidang O&G - Utusan Malaysia

Barakah, Minsheng jalin usaha sama untuk teroka peluang dalam bidang O&G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Barakah Offshore Petroleum Bhd. (Barakah) menandatangani perjanjian dengan Minsheng Financial Leasing Co. Ltd. untuk membentuk perkongsian strategik bagi meneroka bidang kerjasama berkaitan minyak dan gas (O&G) menerusi portfolio Minsheng.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barakah, Abdul Rahim Awang berkata, perjanjian itu adalah untuk tempoh setahun berkuat kuasa pada 6 Mei 2019.

Katanya, di bawah rangka kerja perjanjian itu, ia akan menyediakan kepakaran kejuruteraan dan pengetahuan teknikal, serta peluang untuk meneroka bersama portfolio pajakan kapal luar pesisir Minsheng.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Minsheng untuk merealisasikan keupayaan kejuruteraan dan operasi kumpulan kapal luar pesisir dan projek lain yang berkaitan dengan O&G di bawah portfolio mereka.

“Kerjasama ini membolehkan kami menggunakan kecekapan dan aset kami dan pada masa yang sama mengembangkan jangkauan geografi dan skop perkhidmatan kami,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×