Enam didakwa rompak kedai emas RM1.2 juta - Utusan Malaysia

Enam didakwa rompak kedai emas RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Enam pemuda hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak sebuah kedai emas menyebabkan kerugian RM1.2 juta, April lalu.

Kesemua tertuduh M. Carvinper, 20; B. Suriarao, 21; T. Yugentheran, 21; K. Thinakaran, 21; S. Mahendran 30 dan Low King Yow, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, mereka didakwa telah melakukan rompakan barangan emas bersama seorang lagi yang masih bebas bernilai RM1,250,131.08 daripada pemilik sah Kok Jian Bin, 30 dengan bersenjatakan parang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di NexiGold Jewellery Sdn. Bhd., Lot SB35, Tesco Kepong, No. 3, Jalan 7A/62A Bandar Manjalara di sini pada pukul 11.30 pagi, 10 April lalu.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini