Wanita temukan mayat reput dalam longkang - Utusan Malaysia

Wanita temukan mayat reput dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Seorang wanita yang terhidu bau busuk terkejut apabila menemukan sekujur mayat yang sudah mereput dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Bunga Melor 5, Taman Muda, Ampang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat tersebut pada pukul 12.48 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan awal, mayat tersebut merupakan seorang lelaki yang tidak dapat dikenalpasti identitinya berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat itu berada dalam keadaan tertiarap serta berpakaian lengkap di dalam longkang berkenaan dan pemeriksaan awal dijalankan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia tidak menemukan sebarang kesan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, berikutan keadaan mayat yang sudah mula mereput, bangsa si mati juga sukar dikenalpasti.

“Kita terpaksa mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah untuk mengeluarkan mayat dari dalam longkang sebelum dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini