Martabak ayam, daging tabur Wan Arau laris - Utusan Malaysia

Martabak ayam, daging tabur Wan Arau laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 6 Mei – Dalam kemeriahan hari pertama di Bazar Ramadan Arau berhampiran Pasar Besar Arau di sini, orang ramai kelihatan beratur panjang di sebuah gerai martabak.

Apa yang membuatkan gerai berkenaan menjadi perhatian ramai adalah apabila peniaganya, Noor Irwan Kamis, 38, tampil dengan menu istimewa iaitu martabak daging lembu dan ayam tabur.

Ia sekali gus kelihatan berbeza daripada kebiasaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Variasi baharu itu dijual dengan harga RM3 sehingga RM5 dengan saiz yang tebal serta isi ayam dan daging lembu yang banyak.

Noor Izwan berkata, martabak tabur itu berbeza daripada biasa kerana isi ayam dan daging ditabur di atas intinya.

Katanya yang dikenali sebagai Wan Martabak Arau, menu biasa yang menjadi kelaziman sebelum ini ialah ayam dan daging diproses menjadi inti.

“Menu tersebut adalah hasil ilhamnya sendiri dan cuba mencari kelainan. Alhamdulilah percubaan pertama itu mendapat reaksi positif daripada pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Wan, dia menjalankan perniagaan martabak khususnya pada Ramadan sejak 11 tahun lalu.

Ujarnya, gerai martabaknya beroperasi pada pukul 3 petang sehingga waktu berbuka puasa dengan hasil jualan kira-kira 500 keping sehari.

“Perniagaan makanan ini telah diusahakan sejak 20 tahun lalu, malah abang dan adik saya juga menjalankan perniagaan sama hasil resepi turun temurun itu,” katanya.

Kata Wan lagi, dia dibantu oleh adiknya Noorsham Khamis, 33, dan beberapa orang lagi pekerja.

“Bagi siapa yang ingin mencuba martabak Wan, bolehlah mengunjungi gerai kami yang dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini