Ringgit meneruskan aliran harga menurun berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit meneruskan aliran harga menurun berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei Ringgit meneruskan aliran harga menurun pada Jumaat untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, susulan kurangnya permintaan, dengan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1460/1490 berbanding 4.1410/1440 pada penutupan Jumaat.

Pada mesyuarat 5 Mac lepas, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 3.25 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran luar, peniaga berkata rundingan perdagangan AS-China berhadapan kebuntuan semula selepas White House mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China pada Ahad.

“Ini telah menyebabkan yuan China menyusut bersama-sama mata wang serantau lain, terutama pasaran pesat membangun.

“Ringgit ditambat pada prestasi yuan. Oleh itu, ketidaktentuan di rantau ini akan menyebabkan mata wang itu merosot,” katanya kepada Bernama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini