Pengalaman mempersonakan di Dubai sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Pengalaman mempersonakan di Dubai sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Dari khemah-khemah Arab yang menarik kepada hidangan iftar yang mewah, bulan Ramadan merupakan waktu yang menakjubkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Jabatan Pelancongan dan Perdagangan Pemasaran Dubai (Dubai Tourism), pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang bulan Ramadan bermula 5 Mei ini.

Katanya, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai diskaun semasa menjamu selera dan membeli-belah serta diskaun menarik bagi penginapan dan juga tambang penerbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masjid Jumeirah menerima pelawat dari semua lapisan masyarakat pada lawatan harian yang diadakan selama enam hari seminggu.

“Selain itu, pengunjung boleh berbuka puasa dengan merasai pelbagai sajian masyarakat Emirati dari hidangan tradisional, kurma, kopi arab, kuih muih dan pelbagai jus buah-buahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini