Perlis, Kedah, Pulau Pinang dijangka alami hujan lebat bermula esok - Utusan Malaysia

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dijangka alami hujan lebat bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada (kuning) berikutan jangkaan hujan lebat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula esok hingga Rabu.

Menurut laman web rasmi MetMalaysia, kriteria bagi peringkat waspada itu adalah hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari lagi atau hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Peringkat amaran hujan lebat terbahagi kepada tiga iaitu waspada (kuning), buruk (jingga) dan bahaya (merah).  – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini