Hamidin beri kata semangat - Utusan Malaysia

Hamidin beri kata semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Skuad Bawah 15 (B-15) perempuan negara menerima suntikan semangat daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelang Kejohanan Perempuan B-15 AFF yang akan bermula pada Khamis hingga 21 Mei ini di Chonburi, Thailand.

Meskipun terpaksa beraksi di bulan Ramadan namun Hamidin percaya pemain perempuan B-15 negara mampu mengatasi tekanan yang bakal dihadapi malah berusaha untuk membawa pulang kejayaan.

“Saya mahukan skuad memahami erti pengorbanan dan bijak menangani tekanan kerana akan ke Chonburi dalam bulan Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan itu, saya ingin mengingatkan skuad untuk kekal fokus dan dengan semangat pengorbanan demi negara dan demi lencana didada ini, anda mampu menempah kejayaan demi Malaysia.

“Sesungguhnya keyakinan, rasa cinta pada negara dan semangat juang yang tinggi serta semangat keharmonian pasukan sangat penting untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, Exco FAM, Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib, Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo serta Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita, Jacob Joseph.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B akan membuka tirai menentang Laos pada Khamis ini sebelum bertemu Kemboja (11 Mei), tuan rumah, Thailand (15 Mei) dan Singapura (17 Mei) dengan semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium IPE Chonburi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×