Kewujudan mySalam tepat pada masanya - Utusan Malaysia

Kewujudan mySalam tepat pada masanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Mei – Penyediaan perkhidmatan kesihatan bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan sebaliknya ia turut melibatkan semua pihak termasuk syarikat insurans di negara ini.

PUTRAJAYA, 3 MEI 2019- Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq AbdullahGambar: RASHID MAHFOF Wartawan: YULPISMAN (AM UTUSAN)

Sehubungan itu, kewujudan mySalam adalah tepat pada masanya dalam memberi skim perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, perkara itu boleh membantu meningkatkan kesejahteraan serta kesihatan rakyat yang khususnya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Skim mySalam merupakan satu perlindungan takaful yang disediakan melalui Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) Kerajaan Pakatan Harapan dan Great Eastern Takaful Berhad dengan memberi bantuan tunai RM8,000 (one off) bagi mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal dan elaun hospital harian RM50 sehari bagi mereka yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Tuntutan RM50 ini adalah untuk selama 14 hari dalam satu tahun.

“Ini menguntungkan semua pihak di mana rakyat pun dapat manfaat manakala kerajaan juga mendapat kelebihan apabila mampu menjalankan  saringan awal Kesihatan dan seterusnya dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kata beliau lagi, program mySalam secara langsung dapat meningkatkan kesedaran untuk mendapatkan rawatan segera di hospital Kerajaan tanpa memikirkan kos pengangkutan dan kehilangan punca pendapatan jangka pendek.

“Apabila mereka datang untuk menjalani rawatan awal, penya­kit mereka boleh diubati segera sekali gus dapat mengurangkan kos kerajaan menerusi subsidi diperkenalkan.

“Malah kita dapati kebanyakan go­lo­ngan B40 di luar bandar sukar pergi mendapatkan rawatan kerana kekangan kewangan ekoran kos pengangkutan yang  terpaksa ditanggung mereka,” katanya.

Tambah Mohd. Shafiq, my­Salam berbeza dengan subsidi rawatan kerana bayaran daripada skim perlindungan takaful itu disalurkan kepada pesakit.

“Berbanding subsidi rawatan pula, pesakit tidak dikenakan caj rawatan yang tinggi sebaliknya kos rawatan tersebut ditanggung oleh Kerajaan. Bantuan mySalam bukannya subsidi bayaran rawatan pesakit tetapi ialah bantuan kewangan kepada pesakit yang disalurkan secara terus ke dalam akaun penerima.

Bolehkah saya membuat tuntutan?

Contoh 1:

Encik D didiagnosis menghidap penyakit parkinson pada 2005. Ia pada peringkat awak dan beliau masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Keadaan beliau menjadi semakin teruk yang me­ngakibatkan ketidakmampuan berperingkat.

Pada Mac 2019, Encik D me­nerima pengesahan diagnosis daripada pakar neurologi berkenaan ketidakmampuan kekal beliau untuk melakukan tugasan asas se­perti makan, mandi dan bergerak tanpa bantuan orang lain dan keadaan beliau tidak boleh dikawal ubat. Dalam kes ini, beliau boleh membuat tuntutan manfaat pe­nyakit kritikal sebanyak RM8, 000.

Contoh 2:

Cik E telah didiagnosis dengan karsinoma-in-situ di payudara pada 2018. Dalam kes ini, Cik E tidak layak membuat tuntutan kerana karsinoma-in-situ bukanlah penyakit kritikal yang dilindungi.

Pada Mac 2019, diagnosis doktor mengesahkan keadaan Cik E telah berubah kepada kanser payu dara tahap 1. Dalam kes ini, Cik E layak membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8, 000 kerana kanser pada/selepas 1 Januari 2019 dilindungi tanpa mengira status kesihatan Cik E pada 2018.

Contoh 3:

Encik F telah didiagnosis menghidap kanser paru-paru pada 2017. Beliau memberi respons yang baik terhadap rawatan dan pada 2018, dia telah didiagnos sebagai bebas kanser. Malangnya, pada Februari 2019, diagnosis doktor mengesahkan kanser paru-paru beliau telah kembali. Dalam kes ini, oleh sebab kanser itu kembali selepas 1 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

Sumber: MoF, www.mysalam.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini