Muhoro adakan lawatan ke Universiti Limkokwing - Utusan Malaysia

Muhoro adakan lawatan ke Universiti Limkokwing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Pesuruhjaya Tinggi Kenya, Francis Ndegwa Muhoro mengadakan lawatan ke Kampus Utama Universiti Limkokwing di Cyberjaya baru-baru ini bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua belah pihak.

Dalam persetujuan kedua-duanya, Presiden Universiti Limkokwing, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing mengesahkan bahawa pihaknya bersedia untuk meneruskan biasiswa kepada pelajar Kenya dengan sepuluh tambahan bagi mahasiswa Sarjana dan PhD.

“Saya bersetuju untuk meneruskan biasiswa ini selain mengadakan beberapa usahasama lain seperti mewujudkan laman web bagi membantu negara itu menarik lebih ramai pelabur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu Muhoro Francis Ndegwa Muhoro berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada Universiti Limkokwing kerana memberi biasiswa kepada pelajar Kenya.

“Kami menghargai bilangan pelajar yang diberikan biasiswa dan kerjasama ini perlu dikekalkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini