Media sosial Anwar diceroboh - Utusan Malaysia

Media sosial Anwar diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabatnya termasuk akaun media sosial miliknya, sejak Jumaat lepas. 

Anwar, yang juga Presiden PKR dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang menyelenggara permasalahan itu dan menyarankan agar semua pihak kekal berwaspada dengan segala maklumat yang datang dari pejabatnya mahupun akaun-akaun media sosial atas namanya.

“Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan dalam menyelesai isu pencerobohan siber ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Anwar berkata, gejala pencerobohan siber sebegini semakin merebak ketika kita meluangkan seberapa banyak masa di ruang digital.

“Ternyata ia suatu impak yang negatif dalam keghairahan kita mencakup teknologi, dan senantiasa terdedah kepada individu yang menggunakan perkakas-perkakas digital samada untuk keuntungan segera atau membangkit ketidaktentuan dan kecelaruan.

“Sedang ‘big data’ dan kecerdasan buatan hanya akan dipacu dengan baik sekiranya ruang digital digunakan secara meluas, ia harus diseimbangkan dengan perlindungan data yang munasabah dan pendekatan yang baik dalam bagaimana data digunapakai.

“Isu-isu ini juga disentuh dalam mengajukan Digital Native Agenda (DNA23) yang kini menjadi fokus,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini