Malaysia keluar nota bantahan isu pencerobohan nelayan Vietnam - Utusan Malaysia

Malaysia keluar nota bantahan isu pencerobohan nelayan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 5 Mei – Malaysia akan mengeluarkan nota bantahan kepada kedutaan Vietnam berhubung pencerobohan nelayan dari negara itu di perairan negara dalam masa terdekat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, negara ini akan meminta penjelasan daripada Vietnam berhubung perkara itu.

Selepas itu, katanya, rundingan akan dibuat berhubung penyerahan semula bot-bot yang ditahan apabila semuanya selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi kes-kes pencerobohan perairan oleh nelayan asing, pihak berkuasa negara ini akan mengambil tindakan mengusir ataupun menahan bot-bot mereka bergantung kepada perjanjian antara kedua-dua negara.

“Jika ada tangkapan pun, kita akan mengikut prosedur ditetapkan. Biasanya kita tidak suka menahan bot itu dalam masa yang lama dan bila selesai kita akan serahkan semula bot itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara terutama dari Vietnam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini