KASIH Perak garis lima inisiatif bantu kerajaan PH - Utusan Malaysia

KASIH Perak garis lima inisiatif bantu kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 5 Mei – Pertubuhan Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan Perak (KASIH Perak) telah mengenal pasti lima inisiatif utama yang akan diberi tumpuan dalam membantu kerajaan membentuk masa depan gemilang untuk masyarakat.

Pengerusinya, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, lima inisiatif yang telah digariskan itu ialah khidmat sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan, seni dan sukan serta kelestarian alam sekitar.

Katanya, bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai, pelbagai program diatur dengan kerjasama banyak pihak termasuk syarikat-syarikat korporat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KASIH Perak komited dalam memainkan peranan bagi membantu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mempromosi dan membentuk masa depan negara serta negeri yang lebih gemilang kepada semua golongan masyarakat.

“Malah, segala usaha yang dilakukan juga berjalan seiring dengan matlamat untuk memerangi sifat rasisme, cauvinis dan penindasan terhadap mana-mana pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Gala Makan Malam Amal KASIH Perak di taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di sini semalam.

Majlis tersebut dihadiri Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini