Hampir 90 kawasan Klang terjejas akibat paip utama pecah  - Utusan Malaysia

Hampir 90 kawasan Klang terjejas akibat paip utama pecah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG –  Hampir 90 kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, usaha kerja-kerja pembaikan dan pemulihan sedang dilakukan pihaknya bagi kemudahan para pelanggan yang terjejas.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini amat dihargai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna yang memerlukan bantuan air dari lori tangki boleh menghantar khidmat pesanan dengan menaip Tanker (Nama) (Alamat) ke talian 15300,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, sebarang aduan atau kes kritikal juga boleh disalurkan menerusi aplikasi Whatsapp di talian 019-2816793 atau 019-2800919.

Justeru, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat kawasan terjejas 
atau status terkini boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau laman Facebook ‘Air Selangor’ serta memuat turun aplikasi Air Selangor di telefon pintar mereka. – K! ONLINE

Tanah mendap akibat paip bocor di projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Tai
Tanah mendap akibat paip bocor di projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini