MILAN 5 Mei – Bintang Portugal Cristiano Ronaldo memperkenalkan produk baharunya dengan muncul sebagai ‘superhero’ dalam siri buku komik berjudul Striker Force 7.
Pemain berusia 34 tahun itu memuat naik pautan treler animasi Striker Force 7 dan laman sesawang, serta boleh didapati dalam bentuk buku komik di Twitter, semalam.
Kartun itu menggambarkan Ronaldo berubah menjadi superhero, melakukan pertempuran dengan watak animasi lain seperti robot dan makhluk asing.
”Dengan bola sepak, kita dapat menghubungkan budaya dengan semua orang di seluruh dunia.
“Saya percaya karakter animasi yang hebat dan wira boleh melakukan perkara yang sama dan itulah sebabnya saya teruja untuk menyatukan bola sepak bersama wira-wira melalui projek ini serta berkongsi dengan peminat saya, “ tulis Ronaldo.
Produk terbaharu itu bertepatan dengan Hari Buku Komik Percuma yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak membaca.
Usaha terbaru Ronaldo datang selepas dia membuka klinik pemindahan rambut di Madrid pada Mac lalu.
Juara lima kali Ballon d’Or pada Jumaat lalu mengalahkan seteru tradisinya, Lionel Messi dari Argentina, apabila menjaringkan gol ke-601 dalam kariernya ketika seri juara Serie A itu terikat 1-1 dengan Torino.- UTUSAN ONLINE











