Pekebun rugi RM290,000 ditipu Tuan Yong - Utusan Malaysia

Pekebun rugi RM290,000 ditipu Tuan Yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Takut dikenakan tindakan undang-undang kerana dikatakan terlibat kes dadah, seorang pekebun di Cameron Highlands kerugian RM290,606 selepas dipercaya sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 54 tahun itu dihubungi lelaki menyamar pekerja sebuah syarikat penghantaran barang pada 9 pagi 22 April lalu.

“Suspek memaklumkan terdapat bungkusan atas nama mangsa yang akan dikirim ke Sarawak telah dikesan mengandungi dadah dan kes itu sedang disiasat polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Talian telefon disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar polis dan memperkenalkan diri sebagai Sarjan Chew,” katanya melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, mangsa sekali lagi dihubungi suspek lain yang memperkenalkan diri sebagai Tuan Yong dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.

“Tuan Yong mengarahkan mangsa memindahkan wang kepada akaun milik individu tidak dikenali melalui enam transaksi berjumlah RM290,606.80,” tambah beliau.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands sejurus menyedari tertipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini