Nahas 6 maut: Jenazah dua beranak selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Nahas 6 maut: Jenazah dua beranak selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Jenazah dua beranak, Hasliza Arini Muhamad @ Hamid, 34 dan, Muhammad Khalish Kautsar Mohd. Syaril, 2,  yang maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kereta berhampiran simpang Sungai Ruan, Raub pagi semalam selamat dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran, di sini, awal pagi tadi.

Jenazah dua beranak itu tiba di kampung halaman mereka pada pukul 2.05 pagi dengan ambulan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raub, Pahang.

Sejurus tiba kedua-dua jenazah diusung untuk disembahyangkan di surau berhampiran tanah perkuburan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad pada pukul 2.50 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir ibu mangsa, Sapinah Hussin, 67, yang tidak dapat menahan sedih sehingga terpaksa dipapah oleh ahli keluarga ketika melihat keranda yang membawa jenazah anak dan cucunya itu  diusung.

Dalam tragedi kira-kira pukul 2.45 pagi semalam suami Hasliza Arini iaitu Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua lagi anak mereka, Khaliesah Khairina Mohd Syaril, 7 dan Dhia Afriena Mohd Syaril, 5 cedera parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lipis.

Tragedi di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di Raub, Pahang, yang membabitkan kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil itu turut mengorbankan tiga lagi mangsa sekeluarga iaitu Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Klang, isteri bayi perempuan mereka berumur setahun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini