Polis Jerman tutup laman jualan web gelap - Utusan Malaysia

Polis Jerman tutup laman jualan web gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Polis Jerman menutup salah satu laman jualan atas talian haram terbesar di dunia di ‘web gelap’ dan menangkap tiga lelaki yang didakwa me­nguruskannya, kata pihak pendakwa raya kelmarin.

Dinamakan Laman Pasaran Wall Street (WSM), platform itu mengendalikan urusniaga pelbagai barang terlarang termasuk dadah jenis kokain, he­roin, ganja dan amphetamine di samping data curi, dokumen palsu serta perisian jahat.

Platform yang dilindungi kod itu mempunyai lebih sejuta akaun pelanggan, 5,000 penjual berdaftar dan lebih 60,000 tawaran jualan, demikian menurut pendakwa raya Frankfurt dan afidavit yang difailkan pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) di Los Angeles.

Memuatkan artikel berkaitan…

“WSM beroperasi seperti laman e-dagang konvensional. Bagaimanapun, kewujudannya adalah untuk memperdagangkan barang seludup dan kontraban,” kata pendakwa raya AS.

Tiga pentadbir laman web WSM warga Jerman telah ditangkap, manakala lelaki keempat yang bertindak sebagai orang tengah untuk plaform tersebut sedang diburu di Brazil.

Sebagai tambahan, dua suspek yang merupakan vendor dan penyeludup dadah utama untuk WSM juga ditangkap dalam satu operasi antarabangsa melibatkan Polis Eropah, Jerman, Belanda dan Biro Siasatan Persekutuan(FBI).

Dilancarkan pada tahun 2016, WSM berkembang pesat sejak tiga tahun lalu untuk menjadi laman web gelap terbesar selepas pihak berkuasa menutup platform gelap AlphaBay dan Hansa dalam tahun 2017. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini