Bournemouth buat Spurs gigit jari - Utusan Malaysia

Bournemouth buat Spurs gigit jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Mei – Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib yang menimpa Tottenham apabila mereka bukan sahaja terpaksa dengan sembilan pemain tetapi tewas 0-1 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Dalam tempoh lima minit sahaja, Spurs kehilangan dua pemainnya apabila Son Heung-min dilayangkan kad merah oleh pengadil, Craig Pawson selepas bintang Korea Selatan itu mengasari Jefferson Lerma pada minit ke-43.

Ketika permainan memasuki masa tambahan babak pertama, giliran Juan Foyth pula diarah keluar padang selepas pertahanan Argentina itu mengasari Jack Simpson.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun kehilangan dua pemain namun Spurs tidak memberi laluan mudah kepada pasukan tuan rumah dan ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri tanpa jaringan, Nathan Ake menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-90 untuk memberi tiga mata kepada Bournemouth.

Kemenangan amat diperlukan oleh skuad kendalian Mauricio Pochettino memandangkan Spurs masih belum mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan memandangkan saingan masih terbuka dan mereka hanya mempunyai baki satu perlawanan sahaja lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini