Lelaki maut, anak cedera parah kemalangan dengan lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut, anak cedera parah kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 4 Mei – Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Kampung Serundung Jalan Apas, Batu 18 dekat sini, tengah hari tadi.

Mohd. Nor Ayub, 58, yang memandu Proton Saga FLX tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian, manakala isterinya dan seorang lagi anak perempuan mereka yang turut menaiki kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata, enam anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Zougarana Konin dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bergegas ke lokasi menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS, selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.59 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, anak perempuan mangsa yang cedera, masing-masing berusia sembilan dan 22 tahun dibawa ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

“Operasi tamat pada pukul 3.19 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini