Tabung Haji nafi dakwaan kehilangan kuota haji - Utusan Malaysia

Tabung Haji nafi dakwaan kehilangan kuota haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan dakwaan mengenai umat Islam akan kehilangan kuota tambahan haji setiap tahun.

Tabung Haji dalam kenyataan berkata, kuota rasmi yang diberikan pihak Arab Saudi kepada Malaysia setiap tahun ialah sebanyak 30,400 orang.

Sehubungan itu, katanya, bagi memendekkan waktu menunggu bakal haji, Tabung Haji telah membuat permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah bagi musim haji tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti kebiasaan, pemberian kuota tambahan ini adalah bergantung atas budi bicara kerajaan Arab Saudi dan sehingga kini, pihak Tabung Haji masih menunggu keputusan rasmi mengenai permohonan yang telah dibuat.

“Berdasarkan rekod 10 tahun kebelakangan, ada empat tahun, iaitu 2013, 2014, 2015 dan 2016, di mana permohonan kuota tambahan yang dibuat oleh Tabung Haji tidak diluluskan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini