Liverpool pencabar paling sukar - Utusan Malaysia

Liverpool pencabar paling sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Mei – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mendakwa Liverpool adalah pencabar paling sukar pernah dihadapi sepanjang kariernya.

City kini berdepan saingan paling sengit dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama The Reds menerusi kelebihan satu mata dengan baki dua perlawanan musim ini.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu sudah menjulang lapan trofi kejuaraan di peringkat tertinggi, namun percaya Liverpool adalah pencabar paling sengit dalam sejarah pengurusannya mengatasi Borussia Dortmund dan Real Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam liga, ya, ia paling sengit. Setiap kemenangan dalam liga adalah sangat penting dan ia sangat sukar tetapi ini paling sukar.

“Terutama selepas meraih 100 mata dan untuk kekal di sana, adalah sesuatu yang sukar buat setiap atlet tetapi kami berjaya melakukannya sekali lagi,” katanya.

Guardiola berhasrat untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah City dan percaya, kestabilan kelab itu berpunca daripada mentaliti ingin menjadi juara.

“Apabila mereka menang, mereka ingin menang sekali lagi.

“Ini adalah sukan. Mereka datang ke Stadium Etihad musim ini bukan untuk melihat kejayaan lalu kerana ia sudah berakhir.

“Musim depan juga sama. Jika saya duduk di sini dan mengingati masa lalu, saya akan bersara serta merta.

“Txiki [Begiristain] akan cakap ‘awak perlu tukar pengurus’. Kelab besar sentiasa memikirkan kejayaan akan datang,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini