Dilanggar ketika melintas, seorang wanita maut - Utusan Malaysia

Dilanggar ketika melintas, seorang wanita maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Seorang pejalan kaki wanita maut selepas dipercayai dilanggar lari di Jalan Kosmos berdekatan Pusat Komersial Pelita, Miri, Sarawak hari ini.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi tadi.

“Mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40 hingga 50-an itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang melintas jalan di depan sebuah kedai buah-buahan sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Alexson, pihaknya kini masih mengesan waris mangsa dan kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini