36 individu ditahan berkaitan kes dadah - Utusan Malaysia

36 individu ditahan berkaitan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 4 Mei – 36 individu termasuk enam warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah dalam beberapa operasi di sekitar bandar raya, termasuk di Sepanggar dan Likas, Sabah, sejak 27 April lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek ditahan berumur antara 16 hingga 50 tahun.

“Selain tangkapan, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 258.12 gram dianggarkan bernilai RM38,720 sepanjang operasi dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua individu ditangkap atas kesalahan membekal dan mengedar dadah, sembilan individu ditangkap kerana memiliki dadah dan 25 individu lagi didapati positif selepas ujian air kencing dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memperhebat usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar bandar raya ini bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini