Respa mahu jumpa KPN - Utusan Malaysia

Respa mahu jumpa KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara untuk membincangkan mengenai isu penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Presidennya, Tan Sri Mohd. Ismail Che Rus berkata, pertemuan tersebut adalah untuk menyuarakan kebimbangan dan keputusan untuk menubuhkan IPCMC yang mendapat reaksi negatif sebelum ini.

“Kita sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk bertemu dengan KPN bagi menyuarakan dan memberi pandangan serta cadangan berkenaan penubuhan IPCMC,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi mesyuarat bersama beberapa lagi persatuan pesara polis di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, IPCMC perlu dinilai semula memandangkan ada beberapa lagi badan-badan pemantau lain seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain.

Mohd. Ismail berkata, PDRM sendiri turut mempunyai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang bertanggungjawab memantau aspek perilaku dan salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota.

Tambahnya, daripada kerajaan membazirkan wang dengan membuat satu suruhanjaya baharu, lebih baik dipertingkatkan peranan dan fungsi badan pemantau sedia ada ke tahap yang lebih baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini