MADRID 4 Mei – Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane terus memberi tekanan kepada kelab itu untuk mendapatkan Paul Pogba semasa perpindahan musim panas ini.
Bagaimanapun, pengurusn tertinggi Los Blancos masih berbelah bahagi untuk mendapatkan pemain tengah Perancis itu ekoran harga dan gajinya yang terlalu tinggi.
Dengan 13 gol dan sembilan bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris, Paul Pogba menjadi antara pemain tengah terbaik di England tetapi pemain berusia 26 tahun itu gagal beraksi secara konsisten.
Pemain Perancis itu sebelum ini pernah menyuarakan rasa kagumnya terhadap Real Madrid dan Zidane turut mengagumi Pogba pada masa sama.
Menurut laporan di Sepanyol, Pogba masih berada dalam senarai teratas pemain yang dikehendaki Zidane namun harga yang ditetapkan United akan menjadi penghalang utama kepada perpindahan musim panas ini.
Madrid menyedari bahawa bintang Perancis itu berminat untuk menyertai kelab itu namun mereka tidak sanggup untuk mengeluarkan wang sebanyak 200 juta Euro (RM926.10 juta).-AGENSI











