BARCELONA 4 Mei – Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde percaya Xavi memiliki keupayaan untuk mengambil tugasan selaku pengendali kelab itu pada masa akan datang.
Xavi mengesahkan akan bersara pada penghujung musim ini dan bakal mengalihkan tumpuan kepada bidang kejurulatihan.
Dia menjadi antara watak penting ketika Barcelona merangkul kejuaraan treble pada 2014-15 sebelum menyertai pasukan Al Sadd di Qatar.
Xavi memenangi 19 kejuaraan utama sepanjang 17 tahun bersama Barcelona, termasuk lapan kejuaraan La Liga dan empat trofi Liga Juara-Juara.
“Dia merupakan pemain tengah terbaik dan sentiasa melakukan hantaran-hantaran berkesan tanpa mempersia-siakan peluang.
“Dua antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dan sesuatu yang sangat menakjubkan untuk lihat dia beraksi di atas padang.
“Dia memiliki kemampuan untuk menjadi jurulatih Barcelona dan saya sentiasa mendoakan kejayaannya,” katanya.-AGENSI











