Tanah milik Sultan Johor di Bukit Chagar terlibat RTS - Mazlan - Utusan Malaysia

Tanah milik Sultan Johor di Bukit Chagar terlibat RTS – Mazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Mei – Tanah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bukit Chagar di sini terlibat untuk pembangunan projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Perkara tersebut dimaklumkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang yang mempunyai pengetahuan berhubung projek tersebut semasa memegang jawatan itu ketika ditanya adakah tanah milik Sultan Johor terlibat dengan projek RTS.

Beliau bagaimanapun menyerahkan isu berkaitan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diyakini akan menyelesaikannya dengan cara baik kerana ia adalah projek kerajaan pusat selain melibatkan perjanjian dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ye saya tahu mengenai projek RTS ini semasa menjadi Exco dan cerita mengenai perjanjian kedua negara itu dimeterai semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi dan Perdana Menteri yang lepas (Datuk Seri Najib Tun Razak) memang dah tahu sebenarnya tanah itu hendak dibangunkan stesen kita.

“Kalau Datuk Seri Najib beri alasan dia tak tahu, itu satu pembohongan besarlah sebab perjanjian dan ditandatangani masa zaman Pak Lah,” katanya selepas merasmikan Program Desa Sejahtera, Muafakat Bersama Azman Hashim International Business School Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kampung Sinaran Baru Kempas di sini hari ini.

Ditanya bagaimana tanah itu tidak lagi menjadi milik kerajaan, Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, yang itu beliau tidak tahu dan perkara itu perlu ditanya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau bekas Menteri Besar.

Mazlan berkata, sama ada tanah milik mana-mana pihak di kawasan itu hendak diserahkan atau tidak, projek tetap akan dilaksanakan kerana ia melibatkan perjanjian di antara kedua-dua kerajaan, malah tiada lagi tanah yang sesuai selain kawasan Bukit Chagar itu yang bolej dijadikan stesen utama RTS di Johor. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini