KUALA LUMPUR 4 Mei- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Program ‘Night Ride Against Crime’ pada malam ini sempena Hari Polis yang ke-212.
MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, program yang bermula pukul 7.30 malam itu akan diadakan di The Summit USJ, Persiaran Kewajipan Subang Jaya.
“Objektif penganjuran program bertujuan mempromosikan kempen cegah jenayah dalam kalangan masyarakat bersama dengan pihak polis sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ia juga merupakan salah satu platform ke arah membudayakan sukan serta selaras dengan aktiviti kempen rendah karbon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











