Lantikan Datuk Bandar Ipoh hanya tunggu majlis angkat sumpah - Utusan Malaysia

Lantikan Datuk Bandar Ipoh hanya tunggu majlis angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Mei – Pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu bagi menggantikan Datuk Zamri Man telah selesai dan hanya menunggu majlis angkat sumpah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri, Paul Yong Choo Kiong bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu tersebut sebaliknya meminta untuk menunggu pengumuman rasmi mengenainya.

“Sebenarnya sudah banyak kali sebut tentang Datuk Bandar ini, semua pelantikan sudah selesai dan cuma tunggu angkat sumpah sahaja. Pengumuman akan dibuat kemudian dalam jangka masa terdekat, dalam tempoh sebulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh umum sebelum pelantikan (secara rasmi) atau upacara angkat sumpah dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian jentera baharu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini