MB Johor digugurkan sebagai Setiausaha Bersatu negeri? - Utusan Malaysia

MB Johor digugurkan sebagai Setiausaha Bersatu negeri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Mei – Bakal Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri yang baharu, Mazlan Bujang membayangkan akan melakukan rombakan kecil barisan kepimpinan parti termasuk jawatan Setiausaha yang kini disandang oleh Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa ketika ditanya adakah akan ada perubahan drastik kepimpinan Bersatu Johor berkata, Timbalan Pengerusi dipilih presiden parti maka ia tidak boleh diubah dan yang boleh diubah jawatan Setiausaha dan Bendahari.

Walaubagaimanapun, beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri akan membincangkan perkara berkaitan pada mesyuarat Bersatu negeri kerana menurutnya, keharmonian parti perlu dijaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, untu mesyuarat pertama kita akan bincang supaya kita dapat kata sepakat lebih harmoni, saya tak nak jadikan Bersatu parti saya dan syok sendiri, biarlah pemimpin politik ini sedar bahawa kita ini sebenarnya wakil rakyat kepada mereka, kalau saya pemimpin pribumi (Bersatu) maknanya saya wakil partilah dan saya tidak boleh buat keputusan hanya memuaskan hati saya dan ia tidak baik untuk parti.

“Bila kita dilantik sebagai orang atas kita jangan syok sendiri kerana bila kita nak ikut cakap kita sahaja akhirnya nanti ia akan melemahkan parti,” katanya selepas merasmikan Program Desa Sejahtera, Muafakat Bersama Azman Hashim International Business School Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kampung Sinaran Baru Kempas di sini hari ini.

Mazlan berkata, mesyuarat pertama Bersatu Johor yang akan dipengerusikan beliau selepas dilantik memimpin parti itu di negeri ini akan dilakukan selepas 25 Mei, tarikh mula berkuat kuasa jawatan beliau sebagai Pengerusi Bersatu Johor sekali gus tidak mahu orang melabelkannya sebagai gila kuasa jika mesyuarat dilakukan sebelum tarikh tersebut. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini