KUALA LUMPUR 4 Mei – Orang ramai khususnya peniaga dipelawa menyertai jualan amal serendah 50 sen ‘Preloved Pinch for Charity’ yang akan berlangsung di Dewan Beringin Taman Sri Gombak, di sini pada 25 dan 26 Mei ini.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam satu kenyataan memaklumkan, peniaga yang berminat untuk menyewa tapak jualan boleh terus menghubungi Yunny di talian 016-333 4370 atau Irween di 03-8880 1884.
Program anjuran bersama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) itu akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
MPS berkata, peniaga boleh menjual apa sahaja barangan termasuk baju raya, aksesori, barangan kanak-kanak, kosmetik, biskut raya, kasut dan barangan berjenama serendah 50 sen.
“Hasil daripada sewaan tapak akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang terpilih,” katanya. – UTUSAN ONLINE











