Tidak sempat seludup minyak masak - Utusan Malaysia

Tidak sempat seludup minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Cubaan seorang lelaki tempatan membawa muatan 1,500 liter minyak masak bersubsidi bernilai RM13,500 untuk dijual secara haram tidak kesampaian apabila ditahan dalam Op Landai di Jalan Penyabong, Mersing dekat sini semalam.

Dalam operasi pada pukul 7 malam itu, pemandu lori warga tempatan yang ditahan tersebut berusia 53 tahun.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, ketika serbuan, pihaknya terlebih dahulu berjaya mengesan pergerakan lori tersebut dari Endau menuju ke arah Penyabong, Mersing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kita mengekori lori tersebut sebelum pemandu memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah pasar mini di laluan terbabit dan lelaki berkenaan terkejut dengan kehadiran pihak kita.

“Lelaki terbabit mendakwa membawa muatan minyak masak bersubsidi itu dari Kuantan, Pahang untuk dibawa ke Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, pemeriksaan lanjut ke atas lori terbabit menemui enam tangki berisi minyak masak sebanyak 1,500 liter dan nilai dianggarkan sebanyak RM13,500.

Menurut beliau, lori turut disita serta kesemua barang kes yang dirampas termasuk kenderaan bernilai RM83,500 dibawa ke MT Mersing untuk disiasat lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Akta Bekalan 1961 dan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini