Kanak-kanak hiperaktif hilang, ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak hiperaktif hilang, ditemukan mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 4 Mei – Luluh hati seorang ibu apabila anaknya perempuannya berusia lima tahun yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan mati lemas di dalam sebuah kolam ikan berdekatan rumahnya di Kampung Lela Kuala Pegang di sini, hari ini.

Mangsa, Intan Nursyiffa Aleya Abdul Halim yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) hiperaktif ditemukan penduduk pada pukul 1.30 pagi ini.

Menurut Superitenden Shariffuddin Yusuf, mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya yang berusia 39 tahun semasa berada di rumah mereka kira-kira pukul 10 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, wanita itu dan keluarganya kemudian melakukan pencarian di kawasan berdekatan termasuk sungai tetapi gagal menemukan mangsa.

“Mereka juga meminta bantuan bomba dan penduduk kampung sebelum akhirnya membuat laporan polis. Sebelum ini, mangsa pernah pergi ke arah sungai di situ tetapi dihantar pulang oleh penduduk kampung.

“Berdasarkan rakaman percakapan awal bersama ibu mangsa, kanak-kanak ini gemar bermain air dan mengambil masa tiga hingga empat jam untuk mandi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kata beliau, semasa ditemukan, mangsa yang bersaiz kecil daripada kebiasaan, berketinggian 106 sentimeter dan 20 kilogram berat badan, memakai baju baju T berwarna merah jambu dan berseluar pendek.

Katanya, pemeriksaan mendapati jarak antara rumah mangsa dan kolam berkenaan adalah 100 meter manakala antara kolam itu dan sungai pula kira-kira 50 meter.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut dan mayat akan dihantar ke Hospital Baling untuk tujuan bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini