Sultan Johor berkenan serahkan tanah di Bukit Chagar - Utusan Malaysia

Sultan Johor berkenan serahkan tanah di Bukit Chagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyerahkan tanah yang terlibat dengan pembinaan projek Rangkaian Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kepada kerajaan tanpa sebarang kos.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd. Noah berkata, baginda kecewa laporan yang mengaitkan peningkatan kos projek terbabit dengan sebidang tanah milik baginda di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor.

“Sehingga ke hari ini, baginda tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda akan terlibat untuk projek RTS tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, baginda bertitah, sekiranya benar tanah milik baginda di Bukit Chagar tersebut terlibat untuk projek RTS, maka baginda berkenan untuk menyerahkan tanah yang terlibat kepada kerajaan tanpa sebarang kos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, penyerahan tersebut akan diberikan dengan syarat projek berkenaan perlu diteruskan dengan segera berikutan keprihatinan baginda terhadap derita rakyat yang terpaksa berulang-alik ke Singapura.

“Sebagaimana yang sering ditegaskan bahawa kepentingan rakyat dan kerajaan sentiasa menjadi keutamaan baginda dan setiap isu haruslah dibawa berbincang secara muafakat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini